Thursday, 12 June 2014

TAKZIAH KEPADA SELURUH RAKYAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KHUSUSNYA.

KEHILANGAN SEORANG PEMIMPIN YANG AMAT DIRASAI OLEH SELURUH RAKYAT NEGERI INI.

 Dengan secara langsung nya Negeri Perak Darul Ridzuan telah berkabung selama 100 hari dan bendera separuh tiang telah diarahkan dibuat diseluruh kawasan dinegeri ini.

Suasana didalam Istana Iskandariah,di Bukit Chandan itu dilihat bertambah sayup apabila anakanda beliau Raja Dr.Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mencium keranda ayahanda beliau sebelum diarak ke masjid untuk disembahyangkan.


Majlis pengebumian juga telah berjalan dengan lancar di Makam Diraja bersebelahan dengan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar,Perak.

 

AL-FATIHAH

MAAF LAH DAP,KAMI BARISAN NASIONAL TERMENANG PULAK


TAHNIAH dan SYABAS kepada DATUK MAH SIEW KEONG serta anggota Barisan Nasional yang telah terlibat secara langsung atau pun tidak.
PILIHANRAYA YANG CUKUP HEBAT INI TELAH DIWAKILI OLEH
    VS     

TELAH MENGHASILKAN KEMENANGAN KEPADA BARISAN NASIONAL(BN)
   
Walaupun banyak pihak yang tidak berpuashati dengan kemenangan ini tetapi ianya tidak akan mengubah apa-apa kerana semua perkara telah ditetapkan,bahkan sekarang ini Datuk Mah Siew Keong juga telah di pilih untuk menjadi seorang Ahli Parlimen bagi Kawasan Teluk Intan. 
 Bagi calon DAP pula beliau turut merasakan kekecewaan terlampau sehinggakan semasa pengumuman keputusan tiada beliau disitu.Ini juga boleh dikatakan beliau seorang yang tidak profesional dan tidak menghormati pilihanraya ini.
diharapkan dengan kemenangan ini kawasan Teluk Intan,Perak lebih bertambah maju dan bukannya omongan kosong. 


Wednesday, 16 April 2014

MACAM TAK PERCAYA PULAK KARPAL SINGH DAH TAK ADA


Pada 17/4/2014,lewat tengah malam.Satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan(hala utara/gua tempurung).


Kemalangan yang telah melibatkan rempuhan dibelakang sebuah lori 5 tan didalam keadaan hilang kawalan.Selain daripada itu,kemalangan ini juga boleh dikatakan antara kemalangan yang popular kerana ia telah melibatkan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Karpal Singh A/L Ram Singh.


Beliau merupakan seorang pembangkang yang tidak asing di Malaysia ini yang menghasut rakyat dengan kata-kata yang lantang dengan penuh yakin.


Beliau juga yang telah menghina Sultan Perak tanpa rasa bersalah dan kurang rasa hormat pada sistem Diraja.
Kemalangan itu juga telah melibatkan pembantu peribadinya, dikenali sebagai micheal yang mati ditempat kejadian. 
 
Penumpang yang lain masih dalam rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh,Perak.Jadi percaya ke tidak??  ade aku kesah

TAK HABIS-HABIS ISU AIR


Kerajaan Selangor sudah bersedia dengan tindakan yang bakal diambil oleh mana-mana pihak atau pengguna disekitar kawasan Selangor.

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "tidak apa kalau mereka (penguna air) mahu saman,terpulang"katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.
Beliau selaku Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan lagi bahawa beliau sudah pun membincangkan isu catuan itu sememangnya isu itu adalah untuk pengunaan air secara berterusan di kawasan di Lembah Klang khususnya.

Bagi sesetengah pihak yang dalam golongan yang sederhana ,ini telah menjadikan satu masalah yang serius.
Apakah tindakan KERAJAAN SELANGOR yang sehingga kini masih tiada perubahan yang dibuat.Bilakah isu ini akan selesai?

Friday, 11 April 2014

MASIH SALAHKAH KERAJAAN???


Awal April ini,masih terdapat berita yang hangat diperkata kan oleh sesetengah pihak,dimana mereka masih menyalahkan pihak kerajaan kerana mengeluarkan atau membelanjakan wang yang banyak untuk pencarian pesawat MH370 yang telah dikatakan hilang  dari radar sejak 8 Mac 2014 dan sehingga kini. aktiviti mencari masih dijalankan untuk mendapatkan keputusan yang benar-benar memuaskan hati semua pihak.




Rentetan dari kisah itu pula telah timbul pula dengan kes culik yang mahukan pampasan sebanyak RM 36 juta bersamaan 500 juta peso.Semua tuntutan ini diajukan kepada KERAJAAN MALAYSIA khususnya..Jadi masih salahkah KERAJAAN KITA membuat keputusan yang terbaik untuk negara MALAYSIA TERCINTA ini.

Wednesday, 2 April 2014

INIKAH YANG DIKATAKAN SEORANG PEMIMPIN???


1 APRIL 2014,Bermulalah tanggungjawap yang baru bagi seorang Ketua Kampung atau lebih di kenali sebagai Tok sidang di kawasan Parlimen Bagan Datoh yang merangkumi Dun Rungkup dan Dun Hutan Melintang.Di awal lantikan bagi setiap Ketua Kampung yang telah di umum kan dan diwar-warkan oleh Penghulu pada minggu ke terakhir pada bulan Mac yang lalu mereka telah menunjukkan reaksi yang kurang berpuas hati,mereka sanggup bertikam lidah dengan calon yang dipilih bagi mempertahankan jawatan yang diberikan dan mempertikai kan cara kerja calon yang mereka bakal jalankan.inikah yang dikatakan seorang pemimpin???

Tuesday, 1 April 2014

MH370 PENANTIAN ATAU PENGAKHIRAN BAGI PENCARIAN

 

APRIL INI..masih dalam pencarian pesawat MH370 yang telah dikatakan hilang melalui radar.Dimanakah sebenarnya pesawat ini telah pergi...Adakah di Lautan Hindi ataupun berada di tempat lain?Masa yang telah diberikan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk mencari kotak hitam yang akan memberikan sejuta jawapan kepda setiap persoalan.Bagi pihak ahli keluarga pula mereka menunggu tiap detik dengan penuh debaran,menantikan jawapan samada ianya sebuah pengakhiran kepada semua tragedi malang ini.DOA UNTUK MH370..